Wednesday, December 9, 2015

Budget 2016

Salaam. :)

These are some of the ways that i have thought of to minimize our daily expenditure.
However I have a feeling that my train of thought is faster in Malay today.
So the rest of the writing will be in Malay for today. ;)

Memandangkan hampir semua tambang dah naik semenjak dua menjak ni, rakyat, terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah sangat terkesan dengan perubahan ni, maka tercetuslah ilham untuk entri kali ini, yang lebih praktikal untuk pelajar universiti.

Jangan berhenti berdoa agar keadaan Malaysia jauh daripada perkara2 yang dilaknat Allah SWT.
Jangan berhenti berdoa agar keadaan Malaysia aman sentiasa, jauh dari rasuah, pecah amanah dsb.

Namun berdoa sahaja takkan cukup.
Berdoa tanpa usaha takkan pernah berhasil.
Usahalah. Kurangkan perbelanjaan, setakat mana yang kita mampu.
Siapa sangka, mungkin dari perbelanjaan yang serba sederhana ini, hidup kita lebih bermakna? ;)

Antara cara-cara untuk mengubah kadar perbelanjaan anda ke tahap yang lebih sederhana:-

1. Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis dan berbuka di masjid
Jangan letakkan ibadah ini dengan niat untuk menjimatkan kos. Lakukan ia seikhlas yang mungkin. Mungkin pada peringkat awal, anda lihat ia sebagai sesuatu yang anda terpaksa lakukan. Lama kelamaan, mungkin anda akan terbiasa, dan merasa kekok untuk makan tengahari pada hari Isnin dan Khamis. Dengan berbuka di masjid juga, anda akan mendapat pahala mengimarahkan masjid.
Doakan untuk mereka yang telah menginfaqkan harta mereka untuk memberi anda makanan untuk berbuka puasa. "Ya Allah Berilah berkat apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah dan belas kasihanilah mereka." HR Muslim.
Tanamkan niat untuk menjadi seorang yang memberi makan suatu hari nanti. Tidakkah anda mahukan orang untuk mendoakan anda dan pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa? :)

2. Letakkan had perbelanjaan anda.
Sebagai contoh: Had perbelanjaan untuk makan seorang pelajar universiti = sehari RM5.
Sediakan serunding, kicap dan telur untuk dimakan dengan nasi.
Beli nasi, lauk ayam/ikan & sayur di kedai makan 1 Malaysia = RM4. Asingkan nasi dgn lauk, dan ambil nasi yang mencukupi untuk menampung anda untuk makan tengahari dan malam.Alternative yg lebih baik: masak nasi. Namun jika anda sibuk, alternatif nasi bungkus mungkin lebih baik untuk anda.
Alternatif 1: 
Tengahari: separuh nasi yg dibungkus & semua lauk yg dibeli
Malam : separuh lagi nasi yg dibungkus & serunding+kicap

Alternatif 2:
Tengahari : separuh nasi yg dibungkus & separuh lauk yg dibeli (pastikan lauk yg xmudah basi)
Malam : separuh lagi nasi yg dibungkus & separuh lagi lauk yg dibeli

Jika digabungkan langkah 1 & 2, perbelanjaan anda berjaya dikurangkan kepada RM20 seminggu.

3. Ambil sarapan
Percayakah anda, bahawa anda akan lebih berbelanja jika anda lapar?
Dan alternatif untuk tidak makan untuk berjimat itu sebenarnya membuat anda lebih banyak berbelanja?
Jadi cadangan saya: bersahur pada hari isnin & khamis & ambil sarapan pada hari yang anda tidak berpuasa. Ketepikan sedikit sahaja lagi duit untuk beli cereal, roti dan mungkin minuman 3in1 sebulan sekali yang boleh memberikan anda tenaga yang secukupnya.

4. Berikan ganjaran pada diri
Untuk menghalang diri dari digoda oleh godaan-godaan makanan mahal yang sentiasa memaparkan iklannya bukanlah mudah. Berikan ganjaran pada diri anda, mungkin pada awalnya sebulan sekali, semakin berkurang kepada dua-tiga bulan sekali dan akhirnya mugkin sekali atau dua kali setahun dengan apa-apa yang anda inginkan dan mampu. Lama kelamaan, dengan izin Allah, mungkin nafsu anda untuk membazir dapat dibendung. :)

#langkah 2 boleh digantikan dengan memasak di rumah. Ia lebih menjimatkan dengan syarat lauk yang dimasak sekadar cukup untuk bilangan orang yang akan memakannya.


Elakkan pembaziran.
Bersyukur dengan apa yang ada.

No comments: